Geoffrey Fisken
Geoffrey Fisken

Geoffrey Fisken

Geoffrey Bryson Fisken(1916-2011) adalah seorang juruterbang pesawat pejuang kelahiran New Zealand yang menjadi jaguh udara (ace) terulung Komanwel dalam kawasan medan Pasifik semasa Perang Dunia II.Fisken yang dilahirkan di Gisborne adalah anak seorang petani. Setelah dewasa, dia mengikut jejak ayahnya dan menjadi petani dengan menternak bebiri di Masterton. Dia belajar terbang sendirian dengan sebuah pesawat Gypsy Moth.Setelah Perang Dunia II meletus, Fisken cuba secara sukarela menyertai Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) tetapi tidak diterima kerana di new Zealand, pertanian dikelaskan sebagai profesion penting. Hanya dalam tahun 1940 barulah Fisken dapat menyertai RNZAF. Dia mendapat latihan di Bell Block dan Ohakea, dan berjaya lulus sebagai seorang Sarjan Juruterbang dalam tahun 1941.

Berkaitan